Mahkamah benar pelajar sekolah tukar jantina



Seorang pelajar sekolah lelaki telah diberikan kebenaran untuk menukar jantina kepada wanita juga membekukan spermanya bagi membolehkan dia menjadi ayah suatu hari nanti.

Kes luar biasa ini disebut di dalam sebuah mahkamah di Australia di mana seorang hakim wanita di dalam sebuah mahkamah keluarga telah membenarkan seorang budak lelaki berumur 16 tahun untuk melakukan rawatan menggunakan dadah sebagai langkah pertama untuknye menukar jantina kepada seorang wanita.

Hakim Linda Dessau berkata bahawa remaja tersebut telah cukup matang untuk memahami kehendaknya - dia juga dikatakan mendapat sokongan daripada ibu bapa, senam orang pakar beserta seorang peguam.

Remaja itu juga dikatakan mendapat sokongan daripada kakaknya yang berumur 20 tahun.

Hakim mengatakan bahawa remaja berkenaan terlalu berharap untuk menjadi seorang wanita dan pernah cuba membunuh diri di mana dia pernah cuba untuk menelan pateri plumbum di sekolahnya.

Hakim tersebut juga menambah bahawa ini merupakan kes yang luar biasa di mana berdasarkan pemerhatian hakim, bapa remaja tersebut juga suka memakai bergaya dengan pakaian seperti wanita.

Ia bukanlah kali pertama sebuah mahkamah Australia mencipta kontroversi dengan membenarkan penggunaan rawatan hormon kepada segelintir individu untuk menukar jantina.

Enam tahun lalu Mahkamah Keluarga telah membenarkan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun untuk menjalani rawatan hormon bagi memulakan proses menjadi lelaki.


Laporan asal: Daily Mail

Tags:

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda