Mantan menteri cedera diserang penunjuk perasaan



15 Disember - Sekumpulan penunjuk perasaan telah menyerang dan mencederakan bekas menteri konservative di luar parlimen semasa perarakan anti-penjimatan Khamis lalu, menurut sumber saksi Reuters.

Kira-kira 200 penunjuk perasaan berhaluan kiri telah mengejar bekas menteri pengangkutan Kostis Hatzidakis sejurus beliau meninggalkan lobi parlimen sambit mengherdik dan memaki hamun menteri "Pencuri! Tak tahu malu!" mereka turut melontar batu dan memukul bekas menteri itu dengan menggunakan kayu, memaksa beliau mencari perlindungan di sebuah bangunan berhampiran.

Sumber dari Reuters juga mengesahkan bahawa wajahnya turut berlumuran darah.

Demonstrasi pekerja-pekerja di Greece, menghentikan jadual penerbangan, dan menyebabkan penutupan sekolah serta melumpuhkan perkhidmatan pengangkutan awam pada hari Khamis lalu berikutan bantahan terhadap langkah-langkah penjimatan yang diambil oleh kerajaan bagi menyelesaikan krisis hutang negara berkenaan yang memuncak di seluruh negara.

Sumber: Reuters

Tags:

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda