Komuniti Palang Merah Antarabangsa, ICRC, telah mengirim bukti kepada para diplomat Amerika Syarikat berkenaan penyiksaan yang dilakukan oleh pihak keselamatan India di Kashmir, menurut kabel diplomatik yang diperoleh Wikileaks.
Dalam kunjungan ke penjara di kawasan itu pada tahun 2002-2004 terdedah kejadian pukul, kejutan elektrik, penderaan seksual dan pelbagai lagi bentuk penyiksaan lain.
ICRC melakukan 177 kunjungan ke berbagai penjara dan menemui 1.491 tahanan, menurut kabel diplomatik yang diterbitkan Akhbar Inggeris, Guardian.
Menurut ICRC penyiksaan terhadap tahanan dilaporkan adalah sebanyak 852 kes.
Para tahanan telah mengatakan bahawa mereka dipukul berjumlah 171 orang, sementara 681 orang menghadapi sejumlah bentuk penyiksaan seperti kejutan elektrik, penderaan dan penyiksaan seksual, dan lain-lain penyiksaan yang kejam dan menyakitkan.
Namun situasi itu "jauh lebih baik berbanding tahun 1990an", kata para pegawai.
Organisasi itu menyimpulkan bahwa India membolehkan penyiksaan banduan di kawasan penjara.
ICRC mengatakan mereka akan melakukan penyelidikan tentang informasi ini, namun pemerintah Amerika tidak mahu mengulas isu ini.
Menteri negara bahagian Jammu dan Kashmir, Omar Abdullah mengatakan kepada television India NDTV bahawa tuduhan itu berlaku di zaman sebelum pemerintahannya dan ia tidak membolehkan penyiksaan.
Sejumlah laporan menyebutkan terdedahnya kes ini memalukan India karena Kashmir merupakan persoalan sensitif.
Kashmir terbagi atas wilayah yang dikuasai India dan Pakistan.
Kabel diplomatik ini diterbitkan akhbar Guardian, Inggeris, New York Times di Amerika Syarikat, harian Prancis Le Monde dan El Pais di Spanyol.
Laman sesawang Wikileaks menyebutkan mereka mendapatkan lebih dari 250.000 kabel diplomatik antara jabatan luar negera Amerika dan ratusan diplomat.
Tetapi sejauh ini, Wikileaks hanya menerbitkan sejumlah kecil kabel diplomatik ini.
Washington mengkritik Wikileaks karena menerbitkan kabel diplomatik rahsia dan laporan ketenteraan.