Aplikasi iPhone untuk menterjemah papan tanda




Ia barangkali sebuah peranti yang sangat berguna untuk pelancong sesat yang kebingungan di negara asing.

Sebuah aplikasi iPhone yang istimewa telah dihasilkan di mana ia boleh sekaligus menterjemah perkataan-perkataan yang dilihat melalui kamera telefon daripada bahasa Sepanyol kepada Bahasa Inggeris dan sebaliknya.

iPhone menggunakan WordLens yang dipasang pada kamera untuk membolehkan huruf-huruf dan perkataan dikenal pasti melalui kantanya. Buat masa ini, ia hanya berfungsi untuk bahasa Sepanyol, namun fungsi untuk bahasa-bahasa lain juga dijangka akan diwujudkan tidak lama lagi.

WordsLens menggunakan pengenalpastian perkataan untuk menterjemah maksud perkataan atau ayat, dan secara automatik software penterjemahan akan menterjemah ia kepada bahasa yang baru.

Hasil penterjemahan akan segera dipaparkan pada kedudukan asal perkataan atau ayat dengan kelajuan yang cepat menjadikan ia seolah-olah seperti perkataan sebenar terpapar pada objek yang mengandungi perkataan yang diterjemah.

Satu video promosi untuk aplikasi berkenaan yang mana menunjukkan bagaimana ia berfungsi menterjemah pelbagai papan tanda kedua-dua bahasa itu kini menjadi topik hangat di internet.



Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda