China sekat Facebook, Twitter, YouTube, dan Flicker





Memiliki kira-kira 450 juta pengguna internet - lebih dari satu pertiga populasi negara berkenaan - Negara China memiliki pengguna internet paling ramai di dunia berbanding negara-negara lain.

Sebelum ini Bangladesh telah mengikuti langkah Pakistan menyekat laman sosial paling terkenal di dunia iaitu Facebook. Kini China telah menyekat sejumlah website-website paling popular dunia termasuk YouTube, Twitter, Flicker dan Facebook.

Negara kerajaan komunis itu mendakwa website-website tersebut telah membawa isi kandungan yang berbahaya kepada keselamatan Negara China dan melanggar undang-undang negara tersebut, termasuk gambar-gambar bantahan di kawasan-kawasan sensitif seperti di Tibet.

Wang Chen, ketua Pejabat Majlis Informasi Negeri China berkata bahawa beliau telah melihat laporan media bahawa pengasas Facebook, Mark Zuckerberg pernah melawat negara itu.


Menurutnya, "Kami lihat laporan-laporan bahawa dia ada bertemu dengan orang kenamaan di China yang berkaitan dengan industri internet. Kami juga sedang menyiasat apakah tujuan dia datang ke China".

Sebelum ini Google telah menutup perkhidmatan enjin carian bahasa cinanya di pada bulan Mac, dua bulan selepas ia menyatakan hasrat untuk berhenti daripada menapis hasil carian sebagai tindak balas kepada serangan cyber yang canggih yang dikesan dipercayai dilakukan oleh negara China.

Perbalahan berjaya diselesaikan pada bulan Julai selepas Google mengubah kaedah bagaimana ia membawa para pengguna kepada perkhidmatan enjin carian tanpa tapisan.

Kes ini telah mencetuskan pertikaian diplomatik antara China dan Amerika Syarikat terhadap kebebasan web.

Laporan asal: Dailymail

Tags:

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda