Bekas presiden Israel didapati bersalah di atas dua tuduhan jenayah rogol. Moshe Katsav yang pernah menjawat jawatan presiden Israel selama tujuh tahun dari tahun 2000 hingga 2007, telah dipaksa untuk meletak jawatan berhubung tuduhan tersebut.
Kini Presiden ke lapan Israel yang berumur 65 tahun itu telah diumumkan sebagai bersalah oleh sebuah mahkamah di bandar kedua terbesar Israel, Tel Aviv dan dia berdepan hukuman penjara selama empat tahun.
Katsav didakwa atas dua tuduhan merogol oleh salah seorang pekerjanya yang pernah bekerja di bawahnya semasa dia menjawat jawatan Menteri Pelancongan Israel tahun 1990. Dia juga dituduh atas satu lagi dakwaan rogol kemudiannya.
Hakim George Karra yang menghakimi perbicaraan bersama-sama dengan dua lagi hakim lain, membacakan hukuman dan berkata "Kami percaya pertuduhan yang dibuat oleh plaintiff [wanita pertama] kerana pengakuannya disokong oleh bukti-bukti, dan dia berkata benar"
Bukti-bukti oleh Katsav, telah diputuskan oleh para hakim sebagai "dipenuhi pembohongan".
Laporan asal: Dailymail