Pasaraya tawar barang percuma jika pelanggan sanggup berbogel





SEBUAH pasaraya yang baru dibuka di Süderlügum, sempadan Jerman-Denmark menawarkan barangan runcit percuma kepada 100 pelanggan pertama yang sanggup berbogel di pasaraya itu.

Tawaran itu membawa kepada kehadiran ratusan pelanggan yang sanggup menanggalkan pakaian mereka dan berbogel untuk mendapatkan barangan percuma seperti yang dijanjikan.



Malah para pelanggan juga dilaporkan telah berkhemah di depan pasaraya baru "Priss" itu dengan penuh harapan untuk menjadi di antara pelanggan bertuah yang dapat berbogel untuk menerima barangan runcit percuma seperti yang ditawarkan.

Pihak pasaraya menjanjikan sebakul penuh barangan runcit bernilai €270 (RM1076) kepada 100 pelanggan pertama yang berbogel di pasaraya itu sebagai gimik promosi hari pembukaannya yang pertama.

Pengurus pasaraya tersebut, Nils Sterndorff begitu terharu dengan kejayaan gimiknya itu.

"Saya tak fikir akan ada seratus orang sanggup datang berbogel, saya kira hanya sekitar 10 orang sahaja" katanya.

Dilaporkan lebih dari 100 orang terpaksa dibenarkan masuk iaitu sekitar 20 kumpulan. Polis menganggarkan seramai 250 orang kebanyakannya warga Denmark yang mengambil peluang untuk mendapatkan alkohol percuma.

Inilah jadinya bila kebendaan dipandang lebih bernilai berbanding maruah diri. Semoga perkara begini tidak akan berlaku di negara kita.



Sumber: thelocal.de

Tags: , , ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda