Lawak! Cincin paling mahal untuk wanita paling cantik di dunia






KISAH di sebuah kota besar, sepasang kekasih yang baru berkenalan melangkah masuk ke sebuah kedai berlian yang paling terkenal di kota tersebut.

Si lelaki bertanya kepada pekerja kedai, "boleh kamu tunjukkan saya cincin berlian paling mahal sekali di kedai ini yang sesuai dipakai oleh teman wanita saya yang paling cantik di dunia ini?".

Pekerja kedai menunjukkan sebentuk cincin berlian berwarna biru sambil berkata "Ini antara cincin berlian paling mahal tuan, harganya juga berpatutan cuma RM300,000".

Si lelaki mengerutkan dahinya.

"Cincin ini tak cukup mahal, takkanlah wanita paling cantik di dunia hanya memakai cincin murah seperti ini?" Kata lelaki itu mengeluh.

Pekerja kedai itu tersenyum lantas menunjukkan satu lagi cincin yang paling mahal di kedai itu.

"Kalau begitu mungkin tuan mahukan cincin ini" katanya.

Lelaki tersebut masih mengerutkan dahi, lantas bertanya "Berapa harganya, adakah ini cincin yang paling mahal?" kali ini lelaki itu meninggikan suaranya.

"Inilah cincin paling mahal tuan, jika tuan tak berminat saya tak dapat cari cincin yang lebih mahal dari ini, harganya RM74 juta" kata pekerja itu sambil menunjukkan cincin Natural Fancy Blue-Gray Cushion Cut Diamond Ring kepadanya.

"Oh kalau begitu inilah cincin yang sesuai dipakai oleh teman wanita saya" tegas lelaki itu sebagai tanda berpuas hati.

Tanpa tawar menawar lelaki itu terus mengeluarkan sekeping check bernilai RM75 juta dan diberikan kepada pekerja itu.

"Hari ini hari jumaat, jadi kamu perlu tunaikan dulu check ini pada hari Isnin dua hari lagi, sebaik sahaja kamu tunaikan check ini hubungi saya, saya akan segera datang untuk mengambil cincin ini" kata lelaki itu sambil tersenyum puas.

"Tapi tuan, mengapa ada lebihan RM1 juta, harga cincin ini cuma RM74 juta" tanya pekerja itu kerana hairan menerima check bernilai RM75 juta.

"Tak mengapa RM1 juta itu saguhati untuk kamu kerana mencadangkan cincin paling mahal untuk teman wanita saya yang paling cantik di dunia ini" jawab lelaki itu sambil tersenyum kepada kekasihnya. Pasangan kekasih itu terus melangkah pulang.

Dua hari kemudian, pekerja kedai itu menghubungi lelaki itu "Tuan saya sudah cuba tunaikan check RM75 juta yang tuan berikan tempoh hari, tapi check tendanglah tuan". Pekerja itu meminta penjelasan kerana check tersebut ternyata tidak sah.

Dengan senang hati lelaki itu menjawab "Oh tidak mengapa, apa yang paling penting saya sudah dapat dua malam yang sangat dahsyat..."

Klik untuk membaca koleksi lawak [Koleksi Lawak]

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda