CHINA mencipta sejarah apabila melancarkan sebuah kapal angkasa membawa angkasawan wanita pertama dunia dalam percubaan untuk berlabuh di sebuah modul makmal angkasa lepas yang terletak di orbit bumi.
Kapal angkasa berkenaan membawa angkasawan wanita Liu Yang, 33 bersama angkasawan veteran, Jing Haipeng, 45 dan kru baharu berusia 43 tahun, Liu Wang.
Kapal angkasa Shenzhou 9 berlepas seperti yang dijadualkan pada pukul 6.37 petang semalam dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di tepi Gurun Gobi.
Mereka dijangka berlabuh di makmal angkasa lepas Tiangong 1 esok.
Makmal angkasa lepas protaip yang dilancarkan pada tahun lalu, kini berada di orbit pada jarak 343 kilometer dari Bumi.
Ketiga-tiga angkasawan berkenaan akan menguji sistem sokongan hayat Tiangong 1 selama seminggu sebelum kembali ke Bumi.
Tiangong 1 akan diganti dengan sebuah stesen angkasa lepas tetap lebih besar seberat 60 tan yang dijangka siap sekitar tahun 2020.
China berharap dapat menyertai Amerika Syarikat dan Rusia sebagai dua negara dunia yang menyelenggara stesen angkasa lepas sendiri di orbit

Sumber: Chinadaily