Alexander Aan dipenjara 2 tahun setengah kerana menghina Islam di Facebook



SEORANG lelaki warganegara Indonesia dijatuhkan hukuman penjara dua tahun setengah dan denda $10,598 (RM33,487.14) selepas didapati bersalah menghina Islam di laman sosial Facebook.




Alexander Aan, yang bekerja di sektor kerajaan Sumatera Barat dijatuhkan hukuman di oleh mahkamah kerana melanggar undang-undang internet Indonesia.

Aan pada awalnya dilaporkan ditahan kerana menulis "Tuhan tidak wujud" di halaman sosial Facebook.

Dia telah menubuhkan sebuah kumpulan Atheist di Facebook dan menyiarkan
gambar lucah Nabi Muhammad melakukan hubungan seks dengan hamba.

Aan juga dilaporkan memuat naik tiga artikel yang mana salah satunya menulis Nabi Muhammad tertarik kepada menantu perempuan baginda.

"Di bawah undang-undang Informasi Elektronik dan Transaksi, kami menjatuhkan hukuman penjara dua tahun enam bulan" kata hakim mahkamah, Eka Prasetya Budi Dharma.

"Apa yang dilakukannya telah menimbulkan kerisauan masyarakat dan menghina Islam".

Para pendakwa kes tersebut memohon hakim untuk menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun setengah ke atasnya, namun mahkamah mengurangkan hukuman itu kepada 2 tahun setengah.

Peguambela Aan berkata, mereka akan mempertimbangkan rayuan terhadap kes tersebut.

Sumber : Al Jazeera

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda