Samsung hasilkan mentol LED dengan jangka hayat 36 tahun



SEBELUM ini anda terpaksa berulang kali menukar mentol lampu di rumah yang sudah tamat jangka hayatnya dan tidak lagi bernyala.

Namun dengan teknologi terbaru dari Samsung ini, memungkinkan anda untuk mendapat hanya sekali pengalaman memasang mentol lampu seumur hidup.

Ciptaan terbaru mentol LED daripada Samsung dilaporkan memiliki jangka hayat sehingga 40,000 jam, atau 40 kali ganda jangka hayat mentol biasa.

Syarikat itu menjangkakan, dengan penggunaan secara normal, mentol terrsebut mampu bertahan sehingga 36 tahun.

Samsung kini menggunakan kepakarannya di dalam bidang elektronik digital untuk melakukan satu revolusi kepada industri lampu kata jurucakap syarikat tersebut..

Samsung merupakan pelopor dunia di dalam penciptaan televisyen menggunakan teknologi LED. Lampu-lampu LED semakin diterima dan diketahui umum memiliki jangka hayat yang panjang, namun jangka hayat 36 tahun ini benar-benar membuka mata.

"Sebiji mentol lampu kini bukan lagi sekadar mentol biasa. Ia merupakan teknologi digital yang terdiri daripada chip-chip LED, pemacu dan elektronik" kata Samsung's senior VP of home appliances.

"Mentol LED Samsung menyala dengan segera dan ia bebas dari sinar UV, inframerah malah menghasilkan cahaya yang sekata menjadikan rumah anda kelihatan lebih baik, menjimatkan wang serta membantu memelihara alam sekitar", tambahnya.

Buat masa ini mentol tersebut hanya boleh didapati di Amerika Syarikat, dijual pada harga antara $19 hingga $70 mengikut jenis yang berbeza.

Sementara itu, sebuah syarikat bertempat di Amerika Syarikat sedang melakukan penyelidikan teknologi "lampu plasma" yang mampu menghasilkan cahaya daripada plasma setebal kertas nipis di antara dua foil aluminium.

Ia mewujudkan kemungkinan untuk menghasilkan cahaya daripada dinding yang seolah-olah seperti kertas dinding menggunakan tenaga

Bagaimanapun, Eden Park belum lagi menetapkan tarikh bilakah produknya itu akan berada di pasaran.

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda