Lelaki bakar diri kerana dibelenggu hutang




SEORANG lelaki di Greece membakar dirinya di hadapan sebuah bank di utara bandar Thessaloniki

Lelaki berumur 55 tahun itu sebelumnya menjerit menyatakan bahawa dirinya dibelenggu hutang sambil menyiram seluruh badannya dengan minyak petrol Sabtu lalu.

Menurut pihak Polis, ini merupakan cubaan ketiga dilakukannya untuk mencederakan diri dengan cara demikian.

Lelaki itu pernah membakar dirinya sebelum ini dan mengalami kecederaan akibat terbakar 15 bulan yang lalu, selepas mengadu tidak dapat membayar hutangnya akibat kegagalan dalam perniagaan yang diusahakannya.

Pihak Polis menggunakan pemadam api untuk memadamkan api yang marak di tubuh lelaki tersebut. Dia kini dilaporkan dalam keadaan stabil di hospital dan mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawa.

Tags:

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda