Pekerja berbogel di pejabat untuk tingkatkan prestasi



BERBOGEL riang sambil bekerja, inilah yang dilakukan oleh sekelompok pekerja di sebuah pejabat di Newcastle, England. Mereka yakin bekerja dalam keadaan bogel dapat menambah semangat dan menaikkan produktiviti kerja. Ini lebih teruk dari binatang.


Staf pemasaran di sebuah pejabat di Newcastle melakukan hal gila-gila ini. Mereka benar-benar telanjang bulat di pejabat. Dikatakan tindakan 'gila-gila' ini adalah hasil daripada idea bernas bos mereka yang mendorong anak buahnya bekerja tanpa pakaian. Dengan cara ini, kata bos itu, produktiviti dan prestasi kerja akan meningkat kerana pekerja sangat ghairah dan bersemangat bekerja. Menurutnya, inovasi dan motivasi sangat penting dilakukan di masa krisis seperti sekarang.

Untuk menaikkan semangat kerja, pihak syarikat juga mengundang pakar psikologi, David Taylor, untuk memberi panduan motivasi kerja. Penggunaan kaedah 'Berbogel Pada Jumaat' itu dianggap berjaya dan membawa hasil positif bagi syarikat. Pengurusnya Sam Jackson, 23, mengatakan, ini adalah idea yang sangat bernas.

"Sekarang kita boleh saling melihat antara satu sama lain dalam keadaan telanjang, tidak ada penghalang lagi," ucapnya.

"Sama ada kami berpakaian ketika waktu masuk pejabat, atau berpakaian dalam atau juga bertelanjang bulat sekalipun, ianya tidak menjadi pengahalang. Kenyataannya, kami selesa dengan keadaan seperti ini. Pada saya, apa yang ada di badan saya, saya tidak malu kerananya.



"Selama seminggu pada awalnya bekerja telanjang, kami berasa aneh dan berasa kurang yakin dengan diri sendiri. Untuk itu setiap perkerja disarankan membuat fotocopy bahagian-bahagian badannya. Hal ini untuk membuat mereka lebih percaya kepada diri sendiri.

"Perlu masa seminggu bagi David untuk memotivasilan para pekerja dan meningkatkan keberanian. Pada awalnya terasa aneh dan janggal, tetapi setelah itu saya menjadi biasa. Saya berjalan telanjang menuju meja kerja saya, dan ia kini tidak menjadi masalah lagi. Saya merasa benar-benar selesa."

"Dengan tradisi baru ini, kami temui bahawa kami menjadi lebih bebas dan terbuka antara satu sama lain. Impak kepada syarikat menjadi lebih baik."

Managing Director, Mike Owen, 40, mengatakan, sama ada kami berani atau gila, itu tidak penting. Saya kata, tak mahu pun tak apa. Hanya yang yakin kepada diri sendiri saja, yang dapat lakukan. Bekerja telanjang ini dilakukan mendapat liputan televisyen. Sebuah pejabat pemasaran di Newcastle memiliki program "Jumaat Telanjang" di mana semua pekerjanya bogel sambil bekerja setiap Jumaat.

Tags:

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda