Pelawak dipecat kerana persenda bencana Jepun




Seorang Pelawak, Gilbert Gottfried telah dipecat daripada syarikat insuran terbesar di dunia selepas mempersendakan bencana gempa bumi dan tsunami yang sedang berlaku di Jepun di laman microblogging Twitter.

Gilbert bekerja sebagai orang di belakang maskot Aflac Inc iaitu Aflac duck. Pelawak itu telah mempersendakan bencana Jepun melalui akaun twitter maskot syarikat insuran tersebut Aflac Duck. Lantaran itu syarikat berkenaan telah mengambil keputusan untuk menamatkan kontraknya.

"Ulasan Gilbert baru-baru ini tentang krisis bencana di Jepun tidak lucu dan tentu sekali ia tidak mewakili pendapat dan perasaan mana-mana pihak di Aflac" kata Michaeal Zunda, Timbalan Presiden merangkap ketua pegawai pemasaran syarikat tersebut.



Laporan Asal: deccanherald

Tags:

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda