Bayi 4 bulan diselamatkan selepas 3 hari terperangkap



Satu kejadian yang agak mengejutkan apabila seorang bayi berusia empat bulan berjaya diselamatkan setelah tiga hari terperangkap di bawah runtuhan bangunan akibat gempa bumi yang berlaku di Bandar Ishinomaki, dalam wilayah Miyagi Jepun.


Bayi tersebut ditemui tanpa sebarang kecederaan, dan dilaporkan sihat oleh pihak penyelamat yang kebetulan menemuinya di celah-celah runtuhan bangunan. Kejadian ini merakamkan saat manis pertemuan antara ayah kandung dan bayinya yang dikhuatiri telah meninggal dunia sebelum ini.


Namun begitu kegembiraan dua beranak terhadap pertemuan yang menyentuh perasaan itu terganggu dengan amaran Tsunami yang dijangka bakal melanda bandar itu dalam masa yang terdekat. Ayah kandung bayi comel tersebut bertindak membawanya ke tempat yang lebih selamat berikutan amaran Tsunami yang sudah dikeluarkan mengancam keselamatan di bandar tersebut.

Tags:

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda