Britain benarkan pasangan Gay berkahwin di gereja



Pasangan lelaki Gay akan dibenarkan untuk melangsungkan majlis perkahwinan umum di gereja-gereja, menurut pengumuman yang dibuat oleh kerajaan Britain hari khamis lalu sekaligus memadamkan baki perbezaan ketara antara perkahwinan Gay dan perkahwinan tradisional.

Walaupun perkahwinan gay dan perkahwinan normal sudah lama disama ratakan di bawah undang-undang British, namun begitu setakat ini perkahwinan seperti ini tidak dibenarkan untuk dirujuk kepada mana-mana agama. Perkahwinan seperti ini sebelum ini diharamkan di gereja-gereja, dan hanya dibenarkan untuk dilangsungkan di bangunan-bangunan awam di depan seorang pendaftar kerajaan.

Perubahan ini telah diperkenalkan di bawah undang-undang kesamarataan, membenarkan pasangan sama jantina untuk mengikat janji perkahwinan di dalam bangunan yang berkaitan dengan agama. Namun begitu kerajaan British menegaskan pihak gereja boleh menolak sekiranya mereka mahu.

"Tiada mana-mana kumpulan agama akan dipaksa untuk menganjurkan pendaftaran pasangan sama jantina, namun kepada yang berhajat untuk melakukannya, ini adalah peluang yang baik" kata Setiausaha Negara Britain Theresa May.

Perubahan ini merupakan satu langkah ke hadapan di dalam menjadikan hubungan sivil (perkahwinan sama jantina) sama seperti perkahwinan biasa dan ia mungkin memerlukan perubahan-perubahan terhadap undang-undang yang berkaitan, kata pejabat negara Britain.

Di Britain, hanya kumpulan pasangan heteroseksual dibenarkan untuk berkahwin, sementara pasangan sivil hanya dibenarkan kepada pasangan-pasangan sama jenis. Pejuang hak asasi mempersoalkan kedua-duanya harus dijadikan terbuka kepada semua pasangan.

Pejuang hak asasi Gay mengalu-alukan tindakan ini, namun begitu Gereja Katholik dan kumpulan Muslim Britain telah menegaskan bahawa mereka menentang sekeras-kerasnya sebarang penyatuan pasangan sama jantina.

Segelintir pejuang hak asasi mengkritik, dengan mengatakan pihak berkuasa kerajaan sepatutnya telah bertindak lebih ke hadapan dan memberikan lampu hijau kepada perkahwinan Gay.

Undang-undang pasangan sivil Britain yang diperkenalkan pada tahun 2006, memberikan hak perlindungan, pengambilan dan perwarisan yang serupa seperti pasangan perkahwinan biasa.

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda