Musang paling besar di Britain berjaya ditangkap



Seekor musang yang dipercayai merupakan musang terbesar pernah dijumpai di Britain telah berjaya ditangkap dan dibunuh kerana dipercayai telah memakan kucing peliharaan sebuah keluarga.

Makhluk gergasi yang berukuran dua kali saiz musang normal spesies yang sama itu dikatakan seberat 12 kg, lapor Sky News.

Ia sepanjang 1.2 meter - memiliki ketinggian purata seorang remaja berusia 7 tahun.

Haiwan itu telah berjaya ditangkap menggunakan sebuah perangkap dengan meletakkan umpan makanan oleh seorang doktor haiwan Keith Talbot sementara dia menghabiskan masa menyambut cuti Krismas di rumah orang tuanya di Selatan England.

Penangkapan musang tersebut telah menimbulkan kebimbangan penduduk yang risau haiwan-haiwan itu akan menjadi semakin besar dan ganas memandangkan ia mudah untuk memperolehi makanan terbuang dari rumah-rumah penduduk.

Laporan Asal: NEWS

Tags:

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda