Lelaki mohon hak tukar jantina di mahkamah




Seorang rakyat Malaysia telah bersumpah untuk memperjuangkan haknya selepas mahkamah menolak untuk membenarkan dia mengubah status jantina di dalam kad pengenalannya MyKad kepada wanita berikutan pembedahan jantina yang telah dilakukannya.

Peguam Wong Kah Woh, berkata mahkamah tinggi telah bersidang pada hari Jumaat dan bersimpati terhadap kes ini, namun tidak dapat memutuskan perihal anak guamnya yang berusia 35 tahun itu yang tidak dapat disiarkan namanya atas sebab keselamatan. Mahkamah dikatakan tidak dapat memutuskan berikutan ia di luar bidang kuasanya.

Wong berkata, anak guamnya telah memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengemas kini status jantinanya yang tercatat pada kad pengenalan selepas menjalani satu pembedahan penukaran jantina yang dijalankan di Thailand pada 2006, namun dia diarahkan untuk memohon arahan daripada mahkamah untuk mengesahkan bahawa dia adalah seorang wanita.

"Mahkamah memutuskan bahawa ia tidak bersedia untuk memberikan kelulusan permohonan tersebut memandangkan ia tidak memiliki kuasa untuk berbuat demikian. Anak guam saya sangat sedih namun dia akan terus memperjuangkan haknya dan membuat rayuan di atas keputusan itu" Kata Wong.

Pembedahan penukaran jantina adalah sah di sisi undang-undang negara Malaysia yang terdiri daripada majoriti penduduk Muslim. Namun penukaran status jantina dalam kad pengenalan tidak dibenarkan.

Para pejuang hak asasi menganggarkan terdapat kira-kira 50, 000 transexual di Malaysia, kebanyakkannya menghadapi kecaman dan prejudis, dan selalunya mereka sukar untuk mendapatkan kerja.


Disiarkan pada: 9 Januari 2010

Sumber: News Strait Time

Tags:

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda