Kereta BMW diperbuat daripada batu bata




Seorang artis, Dai Geng menjual kereta BMW yang diperbuat dengan batu bata pada harga £80,000 (RM383,652) dan dikatakan lebih mahal daripada harga kereta BMW yang sebenar.

Geng mengambil masa lebih setahun untuk mencantum semua blok batu bata itu sebelum mengukirnya menjadi BMW Z4.

Pintu kereta itu yang boleh dibuka dan ditutup seperti kereta biasa turut diperbuat daripada batu.

Hanya tingkap kereta sahaja tidak dibuat dengan batu bata. Tayar, roda, paip ekzos dan aksesori lain semuanya dari bongkah batu.

Kereta BMW itu sepanjang lima meter, 2.15 meter lebar dan tinggi 1.6 meter serta seberat 6.5 tan.

Dia berharap dapat menjual kereta itu kepada hartawan di negara itu.

Kereta itu dipamerkan di Shenzheng, wilayah Guangdong, tenggara China kelmarin berikut gambar-gambar kereta yang dimaksudkan.






Tags:

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda