Pemandu gemuk memiliki kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mati sekiranya terlibat di dalam kemalangan yang serius berbanding pemandu yang memiliki berat badan yang normal, menurut sebuah kajian.
Doktor disebalik kajian ini berkata, kita memerlukan bahan kajian untuk perlanggaran kereta dengan menggunakan patung percubaan yang berat untuk mewakili pemandu gemuk.
Sepasukan pakar perubatan dari Universiti di Buffalo, dan Pusat Perubatan Erie County mendapati bahawa pemandu-pemandu di kalangan orang yang sederhana gemuk mempunyai 21% risiko kebarangkalian untuk maut, sementara pemandu mengalami kegemukan yang tidak sihat memiliki 56 % kebarangkalian untuk meninggal dunia sekiranya terlibat di dalam perlanggaran.
Bagaimanapun, pemandu yang memiliki berat yang terlampau dilihat berkemungkinan tinggi untuk terselamat berbanding pemandu dengan berat yang normal.
Penyelidik telah menganalisa lebih dari 150 000 perlanggaran kereta di Amerika Syarikat dari tahun 2000 hingga 2005 yang melibatkan satu atau dua kenderaan.
Mereka telah mengkategorikan pemandu berdasarkan indeks jisim badan - ukuran standard yang mengira sama ada anda dianggap memiliki berat yang sihat atau sebaliknya.
Berdasarkan rekod dari database Laporan Analisis Kematian di Amerika Syarikat menunjukkan obesiti meningkatkan secara jelas risiko individu terhadap kematian di dalam perlanggaran yang serius.
Hasil kajian ini telah disiarkan secara online di dalam Jurnal Perubatan Kecemasan Amerika.
Laporan asal: Daily Mail