Bala Kristmas, gereja runtuh dihempap salji



Sebuah gereja di Belgium runtuh dipercayai kerana bumbungnya sudah tidak kuat menampung salji yang begitu berat sejak di awal musim sejuk yang disifatkan paling buruk di negara-negara eropah.

Mujurlah tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Tragedi hari pertama perayaan Krismas itu mencatatkan sejarah tersendiri apabila Regina Pacis church, Belgium itu runtuh menyembah bumi di saat penganut agama Kristian seluruh dunia sedang meraikan hari kebesaran mereka.



Daily Mail UK melaporkan sebagai memetik ungkapan seorang penduduk yang mendengar bunyi dentuman kuat bumbung gereja yang runtuh pada tengah malam semalam.

Laporan asal: Dailymail

Tags:

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda