Setiap hari, 600,000 akaun Facebook cuba digodam





PENGGODAM komputer cuba untuk menceroboh sekurang-kurangnya 600,000 akaun-akaun Facebook menggunakan maklumat id pengguna dan kata laluan setiap hari menurut pendedahan gergasi rangkaian laman sosial itu.

Penjenayah dalam talian cuba memecah masuk akaun-akaun pengguna agar mereka boleh mencuri maklumat pemilik akaun, menyebarkan penipuan ataupun menghantar tawaran-tawaran palsu termasuk pesanan-pesanan kepada rakan pemilik asal akaun.

Facebook hari ini memiliki kira-kira 800 juta pengguna dan menerima lebih satu bilion cubaan log masuk "login" setiap hari. Separuh daripada penduduk Britain kini memiliki Facebook.

Cubaan menceroboh akaun Facebook dikesan pada kadar yang sangat kecil, bagaimanapun pakar dan penyelidik melahirkan kebimbangan memandangkan bahawa masaalah ini semakin meningkat.

Awal tahun ini, penggodam telah berjaya menceroboh Rangkaian Sony's Playstation dan berhasil mencuri informasi pengguna termasuk nama, alamat dan kata laluan rahsia.

Pendedahan terbaru ini diumumkan selepas Facebook melancarkan satu pengumuman keselamatan baru bagi mengembalikan kata laluan rahsia melalui "rakan yang dipercayai".

Dengan ini penggodam akan terperangkap dengan adanya tambahan soalan-soalan pengesahan seperti permintaan untuk mengenal pasti rakan-rakan di dalam gambar, dan ia nampaknya berhasil.

Jurucakap Syarikat, Barry Schnitt mengakui "600,000 kali sehari, kami menghalang penggodam daripada menceroboh akaun tertentu walaupun dia telah meneka, memancing atau mencuri ID dan kata laluan sesebuah akaun".

"Kami bangga kerana berjaya menghalang mereka" tambahnya lagi.

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda